Selamat Datang ke Kompleks PKNS Bangi
Kompleks PKNS Bangi (KPB) adalah bangunan mercu tanda yang tertua dan terkemuka di Bangi yang terletak di selatan bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah gabungan bangunan pejabat dan kompleks membeli-belah, KPB merupakan destinasi bersantai dan tempat riadah untuk seisi keluarga yang memang terkenal di bandar yang semakin membangun ini.
KPB menyediakan dua tingkat untuk pengalaman membeli-belah yang selesa dan ringkas. Terdapat 65 buah kedai yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Lebih dikenali sebagai destinasi membeli-belah pakaian Islam dan Muslimah yang terkini dan mengikut trend semasa, para pengunjung semestinya teruja dengan adanya kepelbagaian dalam pilihan dan cita rasa.